Tuesday 8 July 2014

Majlis Ifthar Perdana Keluarga SBI 1435 Hijrah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sukacita kami daripada pihak pengurusan sekolah ingin menjemput ibubapa/penjaga pelajar SBI untuk menghadiri program seperti ketetapan berikut:

Program   : Majlis Ifthar Perdana Keluarga SBI 1435 Hijrah
Tarikh      : 15 Julai 2014/17 Ramadhan 1435 (Selasa)
Masa       : 6 petang hingga 10.30 malam
Tempat    : Dewan BOT
Agenda    : Khatam jamaie 30 juzu', berbuka puasa, solat maghrib, tazkirah, solat isyak, solat sunat taraweh.

kehadiran tuan/puan ke majlis ini semoga dapat memeriahkan lagi perjalanan program dan memberi sinar harapan kepada anak-anak huffaz SBI untuk terus belajar bersungguh-sungguh.


Sekian utuk makluman

"RAMADHAN KAREEM"

Friday 4 July 2014

Kaedah Pembayaran Yuran Terkini

Yuran bulanan perlu dibuat melalui :

1. Tunai di pejabat Sekolah Bina Insan 

atau

2. Online banking  :
BANK MUAMALAT 
NAMA :  SEKOLAH BINA INSAN
NO AKAUN : 1210-0000637-71-8

SILA EMELKAN BUKTI PEMBAYARAN KE sbi@kuis.edu.my atau faks ke 03-89264654

SESIAPA YANG INGIN MEMBERI SUMBANGAN BOLEH BANK IN KE :
BANK : BANK ISLAM 
NO AKAUN : 1202-9010-0670-72

SEKIAN TERIMA KASIH.




Thursday 26 June 2014

Makluman Muat Turun Surat Jemputan Liqa' Mahabbah SBI 2014

Adalah dimaklumkan bahawa Surat Jemputan Untuk Ibu Bapa/Waris/Penjaga Pelajar Sekolah Bina Insan boleh dimuat turun dalam format .PDF di laman web www.sbi.edu.my

Tarikh hari Liqa' Mahabbah Sekolah Bina Insan adalah pada 27hb Jun 2014 (Jumaat) bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 Tengah hari.

Sekian untuk makluman.

Tuesday 24 June 2014

LAMAN WEB RASMI SEKOLAH BINA INSAN

Adalah Dimaklumkan Bahawa Laman Web Rasmi Sekolah Bina Insan Telah Aktif. Laman Web Boleh Diakses Melalui Alamat www.sbi.edu.my
Sehubungan Dengan Itu, Maklumat Dan Info Terkini Boleh Diakses Melalui Laman Web Yang Baru.

Sekian Untuk Makluman.

Monday 23 June 2014

Liqa' Mahabbah 2014

Adalah dimaklumkan kepada semua ibu bapa/penjaga pelajar tingkatan 1, 2 dan 5 dijemput untuk menghadiri sesi pertemuan (Liqa' Mahabbah) seperti ketetapan berikut :

Program    : Hari Liqa' Mahabbah Ibu Bapa Dan Muaddib SBI

Tarikh       : 27 Jun 2014 Bersamaan 29 Sya'ban 1435H

Masa        : 8.00 pagi  hingga 12.30 tengah hari

Tempat     : Dewan BOT

Agenda    : - Penyerahan rekod akademik, azhari dan hafazan
               
Ibu Bapa/Penjaga dibenarkan membawa pulang pelajar ke rumah masing-masing selepas selesai pertemuan dengan Muadib dan Muaddibah tingkatan selesai.

Sekian untuk makluman


Tuesday 20 May 2014

Balik Wajib Cuti Sekolah Pertengahan Tahun

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t atas nikmat yang begitu tinggi dan besar iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam. Semoga kita berada dalam rahmat ilahi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Makluman kepada semua ibubapa/ penjaga pelajar SBI,

WAKTU BALIK WAJIB

1) Pelajar tingkatan 1 dan 2

Tarikh balik : 27 Mei 2014 
Hari              : Selasa
Masa balik  : 3.00 Petang 

2) Pelajar tingkatan 5 (27-30 Mei adalah perkampungan ilmu)

Tarikh balik : 30 Mei 2014 
Hari              : Jumaat
Masa balik  : 3.00 Petang 

Semua pelajar dikehendaki pulang semula ke asrama pada 15 Jun 2014 hari Ahad sebelum/pada jam 6.00 petang.

Sekian, untuk makluman