Friday 13 December 2013

SBI MENERIMA SUMBANGAN INFAQ AL QURAN DARIPADA LHDN CHERAS




13 Disember 2013 - Sekolah Bina Insan menerima kunjungan mahabbah daripada Persatuan Kakitangan Islam LHDN Cawangan Cheras dalam majlis penyampaian sumbangan infaq Al Quran sebanyak 100 naskah. Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Persatuan Kakitangan Islam LHDN Cawangan Cheras iaitu Tuan Haji Kamaruddin kepada Mudirah SBI, Ustazah Khairunnisa Ismail. Pihak Sekolah Bina Insan amat menghargai akan sumbangan infaq naskah Al Quran ini semoga memberi manfaat di dalam proses hafazan para pelajar. Semoga usaha dan sumbangan ini mendapat ganjaran pahala berpanjangan kepada semua yang terlibat di dalam program infaq tersebut.