Monday 27 January 2014

Makluman Tarikh-Tarikh Penting Takwim SBI 2014

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa ibu bapa/penjaga boleh melihat tarikh-tarikh penting dan jadual balik wajib bagi sesi persekolah 2014 di bahagian TAKWIM SBI 2014. Sila ambil perhatian bahawa ibu bapa/penjaga dibenarkan mengambil anak untuk pulang bermalam di rumah pada 30 Januari 2014 (Khamis) selepas jam 3.00 petang bersempena dengan balik wajib dan cuti Tahun Baru Cina. Pelajar dikehendaki pulang semula ke asrama pada 02 Februari 2014 (Ahad) sebelum atau pada jam 6.00 petang. Sila pastikan prosedur pulang bermalam/balik wajib dilakukan dengan betul bagi mengelakkan tindakan.