Sunday 5 January 2014

PEMAKLUMAN BERKAITAN YURAN

Perhatian kepada ibubapa/penjaga pelajar SBI.

Mulai Januari 2014, Pihak SBI telah membekukan segala transaksi deposit bank ke akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) atau Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) berkuatkuasa serta merta untuk memberi laluan kepada proses penutupan akaun bagi tahun kewangan berakhir pada 31/12/2013.

Ibubapa/penjaga adalah tidak dibenarkan untuk membuat pembayaran terus ke akaun seperti di atas samada deposit tunai (kaunter/CDM), deposit cek dan perbankan internet.

Sekiranya tuan/puan telah menggunakan salah satu kaedah yang telah disebutkan di atas dan masih belum menyerahkan bukti bayaran, sila email bukti bayaran tuan/puan ke : sbi@kuis.edu.my dengan segera beserta butiran seperti dibawah :
NAMA PELAJAR :
KAD PENGENALAN PELAJAR :
NO H/P IBUBAPA/PENJAGA :

Pembayaran bulanan perlu dibuat secara tunai sahaja melalui guru kelas masing-masing sebelum 7hb setiap bulan.

Perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan jazakumullah khairan kathiran

Segala kesulitan amat dikesali.