Friday 21 March 2014

BERITA SEKOLAH

BERITA SEKOLAH

Tarikh : 19 Jamadil Awal 1435 H / 21 Mac 2014

Dengan hormatnya pihak Sekolah Bina Insan ingin menguar-uarkan maklumat berikut :

Perkara 1 : Cadangan penubuhan Permuafakatan Walid-Murabbi Sekolah Bina Insan (PWM-SBI)

Pihak SBI akan mengadakan satu taklimat berkaitan penubuhan Permuafakatan Walid-Murabbi SBI (PWM-SBI) yang dijadualkan pada bulan April 2014 akan datang. Sehubungan dengan itu, pihak SBI mengalu-alukan sebarang cadangan dan usul daripada pihak ibu bapa/penjaga untuk dibentangkan di dalam taklimat tersebut. Tarikh perjumpaan akan dimaklumkan kemudian. Usul dan cadangan boleh dibuat melalui email ke alamat email berikut : pwm@sbi.edu.my

Perkara 2 : Eidul Ilm wal Adab SBI (Hari Anugerah Kecemerlangan SBI)

Sekolah Bina Insan akan mengadakan Eidul Ilm wal Adab (Hari Anugerah Kecemerlangan SBI) seperti ketetapan berikut :

Tarikh   : 12 Jamadil Akhir 1435 H / 12 April 2014 (Sabtu)

Masa    : 8.00 Pagi

Tempat : Pusat Konvensyen KUIS (PKK)

Semua dijemput hadir.

Perkara 3 : Pindaan Waktu "Outing"

Adalah dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Sekolah Bina Insan akan menukar waktu "outing" seperti maklumat berikut :

Waktu Outing Asal : Sabtu Dan Ahad Minggu Kedua

Waktu Outing Setelah Pindaan : Ahad Minggu Kedua Sahaja.

- Pindaan ini adalah bagi mengukuhkan program pemantapan jati diri insan di SBI melalui program ekstra kurikular yang telah dirancang. Pindaan waktu "outing" ini berkuatkuasa serta merta.

Perkara 4 : Penguatkuasaan Kebersihan


Pelajar diwajibkan menggunakan penyepit baju semasa menyidai baju bagi mengelakkan baju terjatuh ke tanah dan kotor. Selepas cuti penggal 1, penguatkuasaan akan dijalankan dan baju yang disidai tanpa pengepit baju akan dirampas.

Sekian untuk makluman.

- Pengarah Sekolah Bina Insan