Thursday 9 January 2014

Makluman Berkaitan Hari Pendaftaran Pelajar Lama SBI 2014

Makluman ini adalah untuk perhatian pelajar-pelajar Tingkatan 2 dan 5 sesi 2014 yang akan mendaftar pada 13 Januari 2014.

1. Waktu pendaftaran adalah pada pukul 8.00 Pagi di Dewan B.O.T (Bersebelahan SBI).

2. Semua pelajar dan ibu bapa dikehendaki berada di Dewan B.O.T tepat jam 8.00 pagi bagi 
   memudahkan urusan pendaftaran.

3. Pembayaran yuran akan dilakukan melalui kaunter kelas masing-masing. Pembayaran yuran 
   adalah secara TUNAI sahaja.

4. Kaunter pendaftaran sukan sunnah akan dibuka bagi proses pendaftaran sukan sunnah. Pelajar-pelajar SBI digalakkan memilih sukan sunnah yang diminati dan boleh memilih untuk mendaftar lebih daripada satu sukan sunnah yang disediakan. Untuk maklumat lanjut sila klik di bahagian Sukan Sunnah SBI 2014. 

5. Bagi pelajar-pelajar Banat (Muslimah) kaunter tempahan jubah akan dibuka. Sila berurusan 
    untuk tempahan jubah rasmi pada hari tersebut.

"Memaknai Ilmu, Membina Insan, Mencontoh Adab"