Thursday 9 January 2014

Makluman : Hari Lawatan dan Outing


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t atas nikmat yang begitu tinggi dan besar iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam. Semoga kita berada dalam rahmat Ilahi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Makluman kepada semua ibubapa/ penjaga pelajar SBI Tingkatan 1 sesi 2014,

Ingin dimaklumkan di sini bahawa minggu hari lawatan / outing adalah seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 11 dan 12  Januari 2014
Masa  : Sabtu : 9.30 pagi  - 6.00 petang
              Ahad : 11.00 pagi   - 6.00 petang

nota : pihak warden mengharapkan kepada ibu bapa/penjaga untuk melakukan prosedur membawa keluar pelajar adalah seperti berikut:

1. Pastikan pelajar keluar/dilawat bersama ibubapa/penjaga/waris yang terdekat sahaja.
2. Isikan maklumat diri pelajar, tandatangan pelajar dan waris di dalam kad keluar masuk asrama yang terdapat di dalam buku peraturan sekolah dan asrama.
3. Sila letakkan/ serahkan buku peraturan sekolah dan asrama kepada warden asrama yang bertugas.
4. Pastikan pelajar dan waris mematuhi peraturan asrama dan berpakaian ketika keluar.

Pakaian ketika membawa pelajar keluar asrama.
BANIN : 1. Memakai baju batik asrama. sekiranya belum memilikinya, hendaklah memakai baju T-Shirt                         berkolar yang sopan (tidak ada corak-corak haiwan,black metal, dan seumpamanya).
                2. Seluar slack bewarna hitam.
                3. Berkasut dan berstokin hitam.
                4. kopiah putih atau hitam.
                5. semua yang di atas WAJIB menepati ciri-ciri menutup aurat bagi muslim.

BANAT : 1. Jubah bewarna hitam.
                2. Tudung labuh bulat bewarna putih atau krim.
                3.  Berkasut hitam dan berstokin hitam.
                4.  semua yang di atas WAJIB menepati ciri-ciri menutup aurat bagi muslimah.
 

Sekian, harap maklum.




"MEMAKNAI ILMU, MEMBINA INSAN, MENCONTOH ADAB"